KEAJAIBAN YANG TERJADI KETIKA NABI MUHAMMAD
- Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta.
Kelahiran baginda menjadi seribu satu
tanda bahwa baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah
Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam.
Baginda mempunyai kelebihan luar biasa,
bukan saja dilihat dalam konteks sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks
semasa dan selepas dilahirkan. Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas.
Irhas bermaksud satu kejadian luar biasa
bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada seorang nabi
Sehubungan itu, masih ramai masyarakat
Islam yang sebenarnya tidak mengetahui peristiwa di sebalik kelahiran baginda.
Ini karena masih banyak lagi rahasia yang belum terungkap.
Sebenarnya banyak keajaiban yang berlaku
sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
Pertama, semasa Rasulullah s.a.w. berada
di dalam kandungan bundanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana
dialami oleh ibu-ibu yang hamil.
Kehamilannya disadari melalui berita dari
malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan
bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat
manusia.
Selain itu kehamilannya ditandai dengan
haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.
Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam
rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga
Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.
Tanah-tanah disekitaran kawasan tersebut
yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu
juga hewan-hewan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.
Ketiga, peperangan tentara bergajah yang
disebut di dalam al-Quran surah al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia
diketuai oleh tentara bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama
Mahmudi.
Apabila mereka hampir sampai ke tempat
tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah.
Namun demikian, sekumpulan burung Ababil
datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam
al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab
sejarah.
Keempat, Aminah turut mengalami mimpi
yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat
turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa.
Kemudian malaikat tersebut berdiri di
hadapannya. Ia berkata “Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada
seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan
dia Ahmad.”
Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.,
Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat
bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi derajatnya daripada Nabi Isa dan Musa.
Keadaan ini diterangkan dalam kitab
Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman.
Semasa baginda dilahirkan, bundanya
menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari
sehingga ke Istana Busra di Syria.
Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah
bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.
Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya
itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber
Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim
Aminah apabila baginda dilahirkan.
Aminah sendiri melihat baginda dalam
keadaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang
yang sedang berdoa.
Kemudian bundanya melihat awan turun
menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan “Pimpinlah dia
mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan
menghapuskan segala perkara syirik”.
Selepas itu awan tersebut lenyap daripada
pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan
memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda
ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.
Dikatakan juga pada malam kelahiran
baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerusakan dan
kemusnahan.
Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib,
“Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan
sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata,
“telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku
daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha
Mengetahui.”
Selain itu di tempat yang lain pula satu
goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak,
manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara
tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.
Namun, api di negara Parsi yang tidak
pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api
tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan.
Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.
Dalam waktu yang sama, pada malam
kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah.
Setelah baginda lahir, tembakan bintang
menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara
ghaib sudah tamat.
Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah
kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana
baginda adalah khatamun nubuwwah, penutup segala nabi.
Perkara -perkara luar biasa ini telah
membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekali gus sebagai
bukti kerasulannya.
Di samping itu, bukti -bukti tersebut
juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan
Injil sebagai rasul yang terakhir.
0 komentar:
Silahkan Komentar Tapi Yang Sopan, Kami Pasti Segan